Memastikan kepatuhan undang-undang JKKP/DOSH dan keselamatan kakitangan anda melalui pemeriksaan kesihatan pekerjaan industri yang diiktiraf.
Memenuhi audit tahunan kesihatan DOSH/JKKP.
Laporan OHD berkomputer ditandatangani doktor bertauliah.
Saringan kesihatan berjadual (CHRA & kimia).
Penyediaan Kesihatan Pekerjaan (OHS) bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi adalah pematuhan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP/OSHA) Malaysia. Dengan melabur dalam program kesihatan kerja, syarikat anda dapat mengurangkan kadar ketidakhadiran kerja, tuntutan pampasan kecederaan, serta meningkatkan produktiviti staf.
Pemeriksaan kesihatan berkala wajib bagi pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (USECHH Regulations 2000), habuk mineral, plumbum, asbestos, dan bising. Mengesan tanda awal penyakit pekerjaan sebelum kerosakan kekal.
Dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar DOSH.
Penyediaan borang JKKP 7 dan laporan lengkap untuk simpanan SHO/Majikan.
Ujian makmal khusus untuk mengukur pendedahan biologi bahan kimia berbahaya.
Ujian spirometri menilai fungsi paru-paru pekerja dengan mengukur jumlah dan kelajuan udara yang dihembus. Sangat penting bagi pekerja yang terdedah kepada habuk kayu, simen, wasap kimia, asbestos, silica, dan bahan partikel udara.
Alatan spirometer kami ditera secara berkala bagi memastikan ketepatan laporan diagnostik mengikut piawaian JKKP/DOSH.
Mengikut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, majikan wajib menjalankan ujian pendengaran (audiometri) tahunan bagi pekerja yang terdedah kepada paras bising melebihi 82 dB(A).
Saringan audiometri wajib untuk mengenal pasti kemerosotan pendengaran (STS).
Trak mudah alih kami datang terus ke premis kilang anda untuk ujian kelompok.
Latihan penggunaan pelindung telinga (PHP) dan kesedaran pendedahan bising.
Kami menyediakan perkhidmatan penilaian kesihatan pekerjaan yang mendalam termasuk pemeriksaan kelayakan kerja (Fitness for Duty), penilaian kembali bekerja selepas kecederaan (Return to Work), penilaian kecacatan, serta saringan pemandu kenderaan berat (GDL).
Pemeriksaan OHD memastikan calon pekerja bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas berat dengan selamat.
Pemantauan higien industri menilai pendedahan pekerja kepada bahaya persekitaran seperti bunyi bising, kualiti udara dalaman (IAQ), habuk respirabel, pencahayaan, dan gas toksik.
Mengukur pengudaraan, pengumpulan habuk, dan kewujudan spora kulat di ruang kerja pejabat.
Hubungi KamiPemantauan tahap bising (Noise Exposure Monitoring) mengikut peraturan JKKP 2019.
Hubungi KamiKajian kecukupan pencahayaan di tapak industri bagi mengelakkan keletihan mata pekerja.
Hubungi KamiKetahui kelebihan utama melabur di dalam keselamatan kesihatan pekerja anda.
Mengelakkan kompaun berat, denda, atau liabiliti undang-undang di bawah OSHA 1994 & Pihak Berkuasa DOSH.
Mengesan bahaya kesihatan lebih awal bagi mengurangkan cuti sakit (MC) dan kes kemalangan kerja.
Menunjukkan komitmen tinggi syarikat terhadap perlindungan kebajikan pekerja anda.
Hubungi pegawai perunding kami untuk perbincangan saringan kesihatan DOSH/JKKP.
Hubungi Perunding OHS